Monday, February 14, 2011

Kerana Dirimu Begitu Berharga...

Alhamdulillah semalam,jam 9.00 malam hingga hampir jam 11.30 malam satu forum berjaya diadakan di musalla AMK..Pertama kali dalam sejarah.Rasa gembira kerana dapat melihat kemeriahan yang luar biasa di dalam musalla.Terasa hidup majlis ilmu.Pertama kali dapat lihat ramai orang berkunjung ke musalla.Alhamdulillah...
 

Forum ini diadakan sempena minggu 'Wardatul Afifah' yang khusus untuk muslimat sahaja.Ahli panelnya ialah ustazah Seripah Zin binti Sayed Ali dan Ustazah Syukriah dan dimoderatorkan oleh saudari Izzah Farhana dari majmuah APIDS.

Suasana forum yang santai dan agak ceria  diselangi dengan tayangan video yang berkaitan dengan wanita.Suasana forum memang sangat tidak membosankan kerana cara penyampaian ustazah yang ada 'sense of humour'.

Harap sangat program seumpama ini dapat diadakan lagi.Forum in saya rasa dapat mengingatkan kita(muslimah2)  tentang perkara yang penting tapi always dianggap remeh.Perkongsiannya memang banyak.Almaklumlah..ustazah-ustazah ni banyak makan garam lagi daripada kita.Banyak pengalaman..

Malam tu jugak..tugas saya memberi sahabat-sahabat minum air bandung yang saya buat memanglah teramat manis.Untuk menghilangkan ngantuk...(tak ada kaitan langsung dengan topic)


ANTARA ISI KANDUNGAN FORUM..
1) Wanita itu fitnah bagi kaum lelaki.
  -fitnah;biasanya benda yang tidak baik
  -cara elak fitnah adalah dengan menutup aurat selengkap-lengkapanya,elak tingkah laku yang bertempuk tampar,jaga percakapan(suara).

" Wanita itu memang menarik-wanita untuk disayangi dan boleh mempengaruhi "
- kerana wanita dicipta dari tulang rusuk adam yang dekat dihati untuk disayangi (madah ustazah syukriah)

2) Pemahaman tentang hijab.
- hendaklah dengan pemahaman yang suci.
-hendaklah mengerti bahawa perintah menutup aurat merupakan perintah Allah dan bukan perintah manusia..
-hendaklah merasakan diri tidak ada tempat didunia sekiranya derhaka pada ALLAH


"Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu,dan isteri-isteri orang mukmin bahawa hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuhmereka.Yang demikian itu agar mudah mereka dikenali,kerana itu mereka tidak diganggu dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
                                                                           (surah al-Ahzab,ayat: 59)
3) Risiko wanita terhadap lelaki?apadia..
-tubuh wanita adalah senjata yang digunakan oleh syaitan untuk memberi bahaya kepada lelaki.
-perangai wanita yang berbagai..(ada yang tak serap ajaran islam)
-anyway..besar bahaya wanita pada lelaki..(kaum lelaki lebih arif mengenai perkara ini saya rasa)
                            
"Mengapa ikan yang berada dilaut tidak masin..(kalau tak caya cuba beli ikan laut kan kedai,siang,goreng tanpa garam n makan.Masin tak?saya percaya ikan tu tak masin....why???
             *jawapan usatazah seripah-walaupun ikan ni lahir dan hidup dalam air..Tapi dia tak serap garam.Sebab dia hidup...cuba kalau dia dah mati..mesti badan dia masin..macamtu jugak manusia...kalau hati dia hidup..tak mudah untuk anasir luar menyerap masuk dalam diri kita.Cuba kalau hati kita mati...memang senang sangat terpengaruh dengan benda2 yang tak elok..betul x?(tq ustazah seripah bagi analogi ni..Memang terkesan saye...)


4)Cara nak istiqamah dalam menutup aurat..
-kena mengetahui dan memahami.bukan sekadar tahu tapi tak buat.Kalau kita tahu dan faham itu perintah Allah,maka tentu kita takut untuk melanggarnya.
-buat sesuatu itu kerana kita faham bukan sekadar ikut-ikut..
-Kenapa kita tutp aurat???---sebab..aurat boleh + dosa.(contoh:zina,mengadung anak luar nikah,bercerai suami isteri,bunuh anak luar nikah,dan macam2 lagi...

"maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya..."        (al-a'raf ayat:20)

Kesimpulannya...
Jagalah diri kita wahai wanita..sekiranya kamu orang yang beriman.Kerana orang yang beriman itu merupakan orang kesayangan Allah........Wallahualam..


Wednesday, February 9, 2011

Saat Terhentinya Nafas.....

Disisi manusia terdapat perkara yang pasti...
Yang boleh menghilangkan kegembiraanhidup.Menghentikan gerak tubuh,menghilangkan tawa.Saat itu kita tidak berpeluang lagi untuk berkata-kata.Kita didbaratkan sudah padam.Kaku,beku,bisu.

Saat itu bagi orang yang baik,banyak amalan,ikhlas,tidak bongkak hidup di dunia akan menjadi saat yang paling ditunggu-tunggu.Saat merehatkan diri setelah penat membuat pelbagai amalan didunia.Saat itu segala penat lelah akan terlihat olehnya hasil.Hasil amalan didunia..

Kita bagaimana?
Cukupkah selama ini amalan?
Agak-agaknya kategori apakah kita?
Jawab dalam hatimu sendiri...
Aku pasti soalan itu masing-masing tahu jawapannya......




Rasulullah pernah bersabda:


أكثروا من ذكر هاذم اللذات

"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghilangkan kelazatan(yang memutuskannya dengan serta-merta iaitu mati). (Ibnu Hibban 92559) dan lainnya)

Benarlah kata-kata nabi..Serta merta kelazatan dalam hidup boleh hilang sekiranya sudah sampai janji Allah.Janji yang pasti Allah tunaikan kepada setiap hambanya sebagaimana firman Allah: "setiap nyawa pasti akan merasai kematian"

Jadilah orang yang paling bijak.Yang mana sering mengingati mati.Bilanya aku akan diambil.Bersedia menghadapinya.Sabda nabi s.a.w:

"Sepintar-pintar manusia ialah orang yang mengingati kematian dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya mereka itulah orang-orang yang bijaksana mereka telah pergi dengan membawa penghormatan dunia dan kemuliaan akhirat."





Jadi wahai saudaraku yang dikasihi...
Perbanyakkanlah amalan.
Bersedialah seawalnya untuk menghadapinya..
Agar mudah urusan kita bila bertemunya...
Jangan panjangkan angan-anganmu lagi terhadap dunia..
Kecuali ia ada kepentingan untuk akhirat...
Semoga Allah menjemput kita dengan sepenuh rahmatNya...
Insya Allah...


HUKUM JENAZAH

Tindakan terhadap seorang muslim ketika sedang nazak

-Ahli keluarga:
1) sunat membaringkannya di atas lambung kanan(sekiranya susah,ditelentangkan)
2) muka menghadap kiblat (sekiranya susah,muka diangkat sedikit menghadap kiblat)
3) kaki juga sunat dihadapkan ke arah kiblat
4) Sunat diajarkan kalimah syahadah iaitu (lailahaillallah) dengan cara lembut dan tidak memaksa dan dilakukan dengan berulang-ulang
4) Sunat dibacakan surah yaasin disisinya

Orang yang merasai tanda-tanda kesakitan maut?orang yang sakit.
-bersangka baiklah dengan Allah

Tindakan selepas kematian seorang muslim
1) Memejamkan kedua matanya,mengikat kedua rahangnya supaya mulutnya tidak terbuka
2) Melembutkan tulang-tulang sendi dan dikembalikan setiap sendi di tempatnya
3) meletakkan sesuatu yang berat dia atas perutnya supaya tidak kembung.Juga disunatkan seluruh tubuhnya ditutp dengan kain nipis.
4) Sunat ditanggalkan semua pakainnya kecuali kain nipis yang yang menutupi seluruh tubuhnya
50 diletakkan di atas katil atau tempat yang tinggi daripada lantai dan dihadapkan ke arah kiblat( hendaklah dilakukan oleh mahram yang baik kepadanya)

KEWAJIPAN TERHADAP MAYAT
1)Memandikan mayat
2)Mengkafankan mayat
3)Menyembahyangkan mayat
4)Mengebumikan mayat


                              
         


                             

Mari semua!!

   "Kurangkan manis dalam minuman,

                          Tambahkan manis dalam senyuman


 gambar ceria sanak saudara raya tahun 2010 (dari kiri: zaid,anam,fisha,inda,pikah)

Tuesday, February 8, 2011

APA YANG KAU CARI????


                                      
                                 
Aku lihat dari jauh,hingga kau sendiri tak menyedari
 Bayangku sekalipun..
Aku tersedar yang kau seperti ada sesuatu yang kau mahu cari..
Kau berjalan kesana dan kemari
Berulang-ulang kali…
Tapi kau langsung tidak menemui apa-apa..
Kemudian kau tiba-tiba ketawa..seperti ada sesuatu yang menggembirakan
Lepas itu pula kau menangis teresak-esak.Seperti ada sesuatu yang sangat menyedihan
Apakah masalahnya…
Bagaimana aku dapat memahami???
Apa yang berlaku sebenarnya?
Apa yang kau cari sebenarnya?
Dari balik tempat persembunyianku..
Hatiku berkata-kata sendiri..
Aku lihat,kekeruhan di wajahmu itu..
Ada kekusutan di dalam hatimu..
Seperti benang yang telah dipintal-pintal
Tak tersampainya hati..untuk aku membiarkan kau sendirian..
Lalu aku menghampiri…
Membawakan lilin yang bercahaya..
Menerangi kegelapan dalam hati kamu..
Hadirlah kamu…
Dalam ketenangan..
Dengan mengingati ALLAH selalu..
Insya Allah kamu tidak akan rasa kehilangan lagi…
                                                 

ILHAM RABBI: Aku sayang ALLAH.......

ILHAM RABBI: Aku sayang ALLAH.......: "I love ALLAH.. Tiada kata yang dapat menggambarkan.. Yang aku.. Sangat-sangat menyintaimu… ALLAH...."

Monday, February 7, 2011

MENGEMIS IKHLAS DARI LUBUK HATI(29/11/10_1.00 PM)



           ikhlas.Mana-manapun kita selalu dilanda dengan masalah keikhlasan.Selalu kita buat sesuatu benda atau kerja.Tapi belum tentu kerja yang kita buat itu ikhlas atau tidak.Cuma hati kita sahaja yang tahu samada kita melakukan kerja itu atas dasar ikhlas ataupun terpaksa.Sebenarnya perasaan kita ini menarik untuk dikisahkan atau dibongkar mengenai masalah keikhlasan ini.
         Apakah kita mengetahui perkara yang menyebabkan kita melakukan sesuatu tanpa ada perasaan ikhlas.Ini kerana penting untuk kita mengetahui betapa banyak manfaat yang dapat kita nikmati sekiranya kita mencapai tahap keikhlasan dalam hidup.Memang benar kita tidak boleh terlalu ikhlas untuk hidup.Ikhlas terhadap orang lain perlulah berpada-pada.Perasaan tidak ikhlas ini sememangnya datang daripada hati apabila melakukan sesuatu kerana terpaksa bukan atas kerelaan diri sendiri.Itu adalah sebab utama rasa tidak ikhlas.Sebab lain adalah kerana melakukan sesuatu kerana inginkan balasan daripada apa yang telah dilakukan.Kemudian,disebabkan oleh perasaan dendam yang ada dalam diri.
          Kadang-kadang kita boleh perhatikan diri kita sendiri.Perasaan itu memang tidak mustahil,mesti ada pada diri kita.Sebagai contoh,sahabat kita ingin kita menolongnya untuk sesuatu perkara.Apabila kita menolak permintaannya,maka sahabat kita itu akan merasa bahawa kita ini kawan yang tidak setia.Untuk tidak merasa bersalah,maka kita menurut perintahnya walaupun hati kita sangat berat untuk melakukannya.Nak buat macamana nak menjaga hati.Kadang-kadang kita rasa sahabat kita itu tidak memahami keadaan kita.Mereka hanya membuat kesimpulan bahawa kita hanya sahabat yang hanya boleh dibuat kawan semasa suka sahaja.Tetapi dalam keadaan dia memerlukan,kita tidak mahu pula untuk menolongnya.
         Sebagai seorang yang mempunyai sahabat dan menyayangi sahabat,memanglah kita disarankan untuk membantu sahabat kita semasa mereka berada dalam keadaan yang memerlukan.Tapi kita sebagai sahabat juga harus memahami sahabat yang kita ingin memohon pertolongan darinya.Mengapa kita tidak melihat kesediaan mereka untuk membantu kita.Mungkin kita dapat mengetahui samada mereka ikhlas atau tidak untuk membantu kita.Kalau mereka terasa berat untuk membantu kita,apalah salahnya sekiranya kita tidak memaksa mereka.Kita tidak berhak untuk memaksa sesiapa.Jangan pula kita menuduhnya tidak sanggup membantu kita.Sekiranya kita bersedia memahami ataupun mengerti keadaan sahabat kita,maka inilah yang dinamakan ikhlas dalam bersahabat.Tiada unsur paksaan dalam perhubungan.
       Untuk mencapai keikhlasan ini,caranya amatlah mudah untuk kita katakan.Akan tetapi, tidak mudah juga untuk dilaksanakan.Ini kerana orang yang dapat mencapai tahap keikhlasan yang tinggi adalah orang yang hatinya benar-benar bersih.Mereka yang ikhlas dalam hidup tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada orang lain.Menolong atas dasar kasih.Malah,orang yang ikhlas ini sanggup melebihkan orang lain daripada dirinya sendiri.Mereka akan turut rasa bahagia sekiranya dapat membuatkan orang yang ditolongnya itu bergembira atas pertolongan yang dilakukannya.Bagi  mereka biarlah aku susah,asalkan orang yang mereka kasihi bergembira.Betapa mahalnya harga keihklasan ini.Mencapainya memerlukan kekuatan dalaman yang setinggi gunung.Memilikinya merupakan anugerah yang paling mahal daripada ALLAH.Wallahualam…

Aku sayang ALLAH.......


I love ALLAH..
Tiada kata yang dapat menggambarkan..
Yang aku..
Sangat-sangat menyintaimu…
ALLAH..
Tiada yang lebih memahamiku selain engkau ALLAH..
Kenapa aku mesti jauh darimu Ya ALLAH..
Ya ALLAH…
Aku perlukan engkau Ya ALLAH…
Bantulah aku YA ALLAH…………
Ya ALLAH…
Hidup dan matiku aku harap hanya untuk engkau Ya ALLAH………..
Forever with ALLAH…