Alhamdulillah,masih dipanjangkan usia oleh Allah.Bersyukur yang amat.Amalan bersyukur ini memanglah sangat dituntut kerana barangsiapa yang bersyukur Allah akan tambahkan lagi rezeki kepadanya.Setelah kita melalui masa cuti yang panjang kita bertemu kembali untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu.Hari pertama pembukaan semester pun sudah ada pensyarah yang telah memulakan sesi pembelajaran tanpa ada taaruf seperti kebiasaan.Memang sangat menghargai masa.Masa semakin pantas mengejar kita.Jadi jangan kita melengah-lengahkan masa.
Sehari sahaja setelah pembukaan semester maka keputusan peperiksaan pun dikeluarkan.Banyak reaksi yang dapat kita lihat daripada sahabat-sahabat.Ada yang rasa takut untuk melihat keputusan.Tidak mahu menerima hakikat sekiranya keputusan yang diperoleh mungkin akan mengecewakan.Ada yang rasa penuh yakin diri pasti akan dapat pointer yang cemerlang.Begitulah,masing-masing dengan ragam sendiri.Kita bagaimana?Adakah sama sahaja ataupun sebaliknya.Sebaik sahaja melihat keputusan,ada yang tersenyum melebar,ada yang terus bermasam muka,ada yang tidaK kisah apa-apa,redho,sedih dan macam-macam lagi.
Jadi,setelah kita mengetahui apa prestasi kita,maka apakah reaksi kita untuk menghadapi kehidupan sebagai mahasiswa yang seterusnya.Adakah kita masih lagi mempunyai semangat untuk terus berprestasi,belajar dari kelemahan,selesa dengan pencapaian ataupun tidak perlu untuk membuat perubahan dan terus berputus asa dengan kebolehan diri sendiri.Tapi kita disini mestilah tidak boleh untuk terus pasrah dengan apa yang telah dianugerahkan.Pasrah bererti kita berputus asa.Tidak boleh kita mengatakan ‘biarlah,mungkin itu dah nasib aku’ ataupun ‘aku tak kisahlah dapat keputusan yang macam manapun,asalkan aku lulus’.Itulah kebanyakan yang dapat kita dengar.Mungkin tidak kurang juga yang akan mengatakan ‘tak apa sem ni buat yang terbaik,biar dapat gempak terus’.Seronok untuk kita bincangakan disini tentang kehidupan ataupun ragam dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar.
Persoalannya disini adakah tahap pencapaian para pelajar kita ini iaitu pelajar akademi pengajian Islam telah cukup untuk memberi kepuasan kepada para tenaga pengajar disini termasuklah Timbalan Pengarah sendiri yang merupakan salah seorang pensyarah disini.Kalau kita sedari,masih banyak kelompangan kita yang belum lagi terisi.Masih jauh lagi tahap pencapaian kita dalam mencapai kepercayaan pensyarah terhadap kita semua.Masalahnya mudah,para pelajar kita hampir majority belajar hanya untuk lulus cemerlang.Percaya ataupun tidak terpulanglah ,tapi itu adalah hakikat pelajar kita sekarang.Buktinya,kalau ditanya tentang soalan yang begitu simple,masing-masing menjungkitkan bahu tidak tahu.Misalnya,ada pensyarah yang ingin menguji,lalu memberikan soalan, ‘bilakah nabi kita Muhammad s.aw. wafat?’Soalan mudah begini kalau ditanyakan kepada pelajar akademi Islam(termasuklah yang menulis ini)tidak ramai yang dapat menjawapnya.Kalau adapun dengan separa yakin samada betul ataupun tidaknya.Maka itulah masalahnya.
Sebenarnya paradigma itu perlu diubah ataupun memang boleh diubah.Tidak semestinya suatu ketetapan itu tidak boleh diubah langsung.Memanglah nasib kita adalah merupakan qada’ dan qadar daripada ALLAH.Tetapi qada’ kita dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran merupakan qada’ muallaq.Qada’ muallaq memberi pengertian ketentuan yang boleh berubah bergantung kepada sesuatu perkara(contoh:panjang umur bergantung kepada mengeratkan silaturrahim).Situasi kita disini adalah berada dalam qada’ muallaq,takdir yang boleh berubah bergantung kepada usaha kita.Tidak bermakna orang yang telah gagal itu akan terus gagal selama-lamanya.Takdir yang boleh untuk diubah atas usaha yang kita lakukan. Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia dan tidak membebankan kepada hambanya dengan apa yang hambanya tidak mampu lakukan.Setiap perkara yang kita alami mempunyai hikmah yang tersembunyi.Maka,kita janganlah berputus asa dari mencari hikmah di balik peristiwa.
Begitu juga dengan budaya belajar untuk lulus.Kita boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap palajar kita.Kita belajar untuk berkhidmat untuk agama.Budaya belajar untuk lulus ini perlu untuk dibanteras oleh kita semua.Siapa kita?pelajar akademi Islam sendirilah,siapa lagi.Sebabnya kita adalah harapan agama.Ilmu yang kita pelajari bukan ilmu sembarangan.Ilmu kita ini begitu berharga untuk semua umat.Penyelamat umat.Maka disini kita tidak boleh membiarkan diri kita belajar hanya untuk lulus.Jangan amalkan perkara ini,masuk kelas dengan otak kosong dan keluar pun dengan otak kosong.Sekiranya begitu keadannya.Kita ini kepada masyarakat umpama pokok buah-buahan yang ditanam tapi tidak mahu berbuah.Maka sia-sialah sahaja pokok itu ditanam.Tujuan asal pokok itu ditanam adalah untuk menikmati hasilnya.Tapi sekiranya pokok itu tidak berbuah,buat apa lagi pokok itu terus hidup.Membuang masa kita sahaja untuk menyapu daun-daun kering yang gugur.Begitu juga situasi ini dengan kita.Mungkin kita semua sudah faham analogi ini.Analogi bagi orang yang menuntut ilmu.
Allah SWT berfirman di dalam surat Ash-Shaff, ayat (2-3), “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sungguh besar murka Allah kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”Allah memang sentiasa menggandingkan ilmu dengan amal.Memang dua benda itu adalah selari bersama.Tidak mungkin untuk dipisahkan.Jangan kita jadi orang yang selalu ‘cakap tidak serba bikin’ .Selalu kita baca surah al-ashr.Hari-hari kita ucap sumpah kita.Demi masa,demi masa.Apa gunanya kita mengucapkan lafaz itu.Kita sering melanggar janji kita.Sering tidak menghargai masa.Masa muda kita selalu disia-siakan dengan perkara yang tidak memberi faedah.Belajar seperti nak tak nak sahaja.Apa ertinya kita ini sebagai pelajar Islam.Jangan biarkan ilmu melaknat kita wahai sahabat.Beramallah dengan ilmu.Ilmu itu akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti.Jangan kata dengan memperoleh ijazah tinggi kita ini sudah hebat.Ilmu fissudur wala filkutub.Ilmu itu di dalam dada bukan didalam buku semata-mata.
Benarlah kata-kata Allah dalam surah al-ashr, ‘sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian’.Allah sangat mengerti manusia.Maka dengan itulah ALLAH menjadikan syurga dan neraka.ALLAH mengetahui dalam hambanya-hambanya yang kufur,masih ada hambanya yang taat dan beriman walaupun bilangan itu terlalu kecil.Kita disini ingin menjadi golongan yang mana?Syurga atau neraka?Itu adalah pilihan kita sendiri.Mahu beramal atau tidak dengan ilmu,itu adalah pilihan kamu sendiri.Tapi apa salahnya kita memilih jalan yang sepatutnyaa.Perkara itu adalah sangat dituntut.Marilah kita transformasi diri kearah menjadi umat yang gemilang menuntut ilmu dan memanfaatkannya..Wallahualam..
“Amal tanpa ilmu itu bahaya ,ILMU tanpa AMAL itu sia-sia”
_$rm1_
rujukan: http://bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?p=240845&sid=023835b30df1f03f3b40b16bf8441d26http://ummahonline.wordpress.com/2006/08/19/simbiosis-ilmu-dan-amal/
No comments:
Post a Comment