Sunday, September 18, 2011


“BELUM CUKUP SABAR”
           “Man!!! Oo Man!” sepelaung dia menjerit.
           “Ish manala budak sekor ni.Geram betul aku.Tadi ada kat tangga rumah depan sekarang dah tak ada.Cepat betul budak ni menghilang.”Dia mendaki tangga lagi masuk kedalam rumah.Berdentum bunyi pintu dihentam.Geram!!Siapla kau kalau aku jumpa..
            Dia menuju rumah tengah.Menendang pintu bilik dengan kaki.Pintu terbuka.Kosong.Tiada orang.Manala budakni pergi.Beg sekolah dia ada kat tangga.Dia keluar dari bilik.Menendang lagi pintu bilik sebelah.Kosong juga.Budak ni menyorok mana.Dia merendahkan badan.Mengintai bawah katil.Takde.Mengintai bawah meja.Takde juga.Kepala dia makin berasap.
           “Man!Oo Man!” Tak juga disahut.
           “Oi Nab!Kenapa kau terjerit-jerit ni.”Cik Ros menengking anaknya.Apasal budak ni terjerit-jerit macam orang gila.
           “Mak.Nampak si Man tak?Pak Arip dah tunggu tu.Dari tadi asyik hon.Budak tu menyorok kat mana ha Mak??”Dia mendengus.
           “Ntah..Mak tak tau.Tapi bukan dia dah siap-siap pakai baju sekolah dengan beg sekali ke turun tangga.”Cik Ros pelik dengan anak jantan bongsunya itu.Kemana aja budak ni menghilang.Semalam pun serupa ini.Konon siap-siap nak kesekolah.Tup-tup menghilang entah kemana.
        “Alamak dah lambat ni..”Nab menjeling  jam ditangannya,hampir pukul tujuh tiga puluh.Alamat kena  catatla namanya oleh pengawas sekolah hari ni.
        “Alah,tinggal jelah budak tu.Dah lambat dah ni.”Cik Ros ambil mudah.
        “Mana boleh mak.Nanti Cikgu Rashidah tanya Nab nanti.Mampus nak jawab apa.”Dia mengetap bibir.Semalam dia dah kena leter dengan cikgu itu waktu belajar dengannya mata pelajaran bahasa Melayu.
       “Zainab.”Cikgu Rashidah yang digeruni oleh kebanyakan pelajar kerana mulut celuparnya itu menghampirinya.
        “Adik kamu si Azman tu kenapa tak sekolah harini?”
Dia menundukkan wajahnya.Malu dengan rakan sekelas.
        “Dah tiga hari termasuk hari ni dia ponteng sekolah kenapa?”Cikgu becok itu bercekak pinggang dihadapannya.
        Dia cuma berdiam diri.Makin  menundukkan kepalanya.
        “Eh,cikgu tanyani! Kamu buat pekak pula.”Cikgu Rasidah berang bila soalannya tidak dijawab.
          “Alamak..apa aku nak jawab ni.Takkan aku nak cakap Man taknak sekolah.Menyorok.”Dia gelisah dengan soalan itu.Malu dengan rakan-rakan untuk menyatakan yang adiknya itu memang tak mahu ke sekolah.Ponteng!
        “Dia terlambat cikgu.Kena tinggal.”Dia berbohong lagi.Semalam dia kata demam adiknya belum kebah.Semalamnya lagi alasannya juga demam.Tiga hari adiknya ponteng sekolah.Tiga hari juga dia berbohong.Tiga hari juga dia dapat dosa free sebab berbohong dengan cikgu.
        “Banyakla alasan kamu.Cakap ajala dia malas!!Kamu ingat cikgu tak tahu!”Tinggi suara Cikgu Rashidah.Berdesing telinganya mendengar perkataan itu.
       “Kamu cakap kat mak kamu.Kalau adik kamu dah tak mahu sekolah.Berhentikan aja!Menyusahkan orang!Apa dia ingat sekolahni bapak dia yang punya?Suka hati k nak ponteng-ponteng sekolah!Berhentikan aja!Senang cerita.”Terpercik-percik air liur cikgu Rashidah kemukanya.
        Pedih hatinya hanya Tuhan yang tahu.Membuak-buak kemarahnnya dengan keceluparan mulut Cikgu Rashidah itu.Kalau itu bukan cikgu, mahu saja dia menengkingnya kembali.Seakan dia mahu berkata, ‘apa main bapak-bapak!Bapak aku dah meninggal tau tak?’tapi apakan daya orang itu adalah cikgu.Dia tak berani berkurang ajar dengan cikgu..Dalam hati, ‘siapla kau Man balik nanti!Kena kau aku kerjakan!Memalukan aku saja!’ Balik rumah,habis dihamburkan kemarahannya pada Man.Habis di tempeleng muka adiknya itu.Biar padan muka kau Man.Kau yang tak sekolah aku pula yang kena.
         “Pin!Piiiiin!Bunyi hon kereta Pak Arip ayah saudaranya itu mengejutkan lamunannya.Dia terkocoh-kocoh berlari ke rumah depan dan menuruni tangga.Kelam-kabut memakai kasut sekolah.Pak Arip menjelingnya.
         “Nab!Cepatla sikit.Kau tak tengok jam ke dah pukul berapa?Dah lambat ni.Nanti tak sempat nak berhimpun dah kena catit nama.”Pak Arip terus membebel.Tiap hari dia terpaksa menadah telinga mendengar Pak Arip membebel kerana lambat.
        Pintu kereta ditutup tapi kereta Pak Arip masih tak berjalan.
        “Dah Pak Arip,jalan.”Dia bersuara.
        “Man mana?Tak sekolah lagi?”Pak Arip menoleh kebelakang.
         “Tak.Tinggal je dia.”Malas dia mahu menerangkan.
          “Adik kamu ni memangla.Dalam seminggu, sehari dua je pergi sekolah.Dari awal tahun sampai sekarang tak ada perubahan.Apa nak jadi dengan dia bila besar nanti.Apa mak kamu tak marah ke?Buat rugi je bayar yuran sekolah mahal-mahal.Kamu pun satu,cubala nasihatkan adik kamu tu.”Pak Arip tak  habis-habis membebel padanya.Dia tak dengar apa pun.Itu sebab dia tutup telinganya dengan jari telunjuk dan buat tak tahu.Tak larat nak dengar.Naik berbulu rasanya telinga dia.Masa Pak Arip membebel,mulutnya berkata ‘lalalalalalalalalaaaaaa…………….’sampailah kereta Pak Arip betul-betul sampai dihadapan pintu pagar sekolah.
             Cepat-cepat dia buka pintu kereta dan mengucapkan ‘terima kasih Pak Arip”.Kemudian dia terus bergegas masuk ke pintu pagar utama sekolah.Masa dia berlari-lari anak,sepupunya Mira anak Pak Arip memanggilnya.
            “Wei Nab!Tunggu jap.”
             Dia menghentikan ayunan kaki dan menoleh ke belakang.Kenapa pulak si Mira ni.Dah lambat ni.Nanti tak sempat makan RMT(rancangan makanan tambahan) yang diberi oleh pihak sekolah.Dia lihat semua murid yang berhimpun sudah beratur berjalan menuju ke kantin.
          “ Äpanya?Cepat sikit!”Dia menghentak-hentak kakinya perlahan.
          “Esok-esok kena cepat sikit.Kalau lambat,aku suruh bapak aku tinggal je tau.”Mira bermuka masam memandangnya.
          “Yelah.Aku tau.”Dia terus mengangkat kaki.
          “Äku betul-betul tau ni.Kalau lambat lagi minggu depan korang kena tinggal.”Mira tak puas hati bila sepupunya itu seolah tidak mengambil serius apa yang dikatakannya sebentar tadi.
         “Ye,ye aku tau.”Nab terus berjalan tanpa memandangnya. “Membebel aje taunya minah ni.”Bisik hatinya.
            “Op op!Berhenti! Zainab binti Badaruddin,datang lewat lagi harini!.”Husin,pengawas yang bertugas menjaga pintu pagar sekolah mencatat namanya.
            “Diamlah kau.Sukati akula!”Dia menjelir lidah pada Husin yang kaki report dengan cikgu.Pengawas yang dibencinya kerana perangainya yang suka mengadu dengan cikgu.
            “Aku bagitau Cikgu Rashidah nanti.Biar jawatan kau dilucutkan.Harap je pengawas sekolah,tapi suka datang lewat.”Husin masih tak berpuas hati.
            Zainab mengajuk kata-kata Husin.Dan terus berlari ke kantin.Harap-haraplah RMT
adalagi.Janganlah orang lain gantikan tempat aku.Perut aku tengah lapar ni.Man punya pasallah aku tak sempat sarapan sebab mencarinya.
            Setibanya di kantin.Semua kawan-kawannya masing-masing sudah menggenggam bungkusan kertas yang berisi burger dan sudah bersedia untuk mengunyah.Dia melihat kearah meja jualan kantin.Kosong.Makcik kantin pun sudah mengemas-ngemas segala  bakul-bakul yang mengisi bekas burger.Dia telan air liur bila tengok murid-murid lain bersungguh-sungguh mengunyah burger.Sedapnya.Tapi bahagiannya telah diberi pada murid-murid yang tidak layak menerima RMT.Rezeki lebih disebabkan murid yang menerima RMT tidak hadir ataupun datang lewat macam dia.Dia menghela nafas kecewa.
                “Kau punya pasallah Man aku tak dapat  makan burger harini!Nanti kau!Balik nanti aku kerjakan kau!”.Dia menjerit dalam hati.Dia benar-benar hampa harini.Hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana hari itu adalah hari yang menyediakan burger untuk hidangan RMT.Makanan kegemarannya.Dia memang jarang  merasa  burger di rumah.Kalau nak mengharap maknya beli burger jangan haraplah.
                Dia terus menuju ke kelas 6 Harapan.Di dalam kelas kosong tiada orang.Huh,mesti diorang tengah sedap melahap burger.Melepas aku. “Kau taula Man balik nanti.Aku kerjakan kau cukup-cukup.Buat aku tak merasa burger.Empat hari aku menanti,akhirnya sia-sia penantian aku.”
               Harini dia boleh rasa sedikit tenang kerana harini tiada mata pelajaran Bahasa Melayu Cikgu Rashidah.Tak adalah dia rasa kecut perut mahu mencipta alasan dan bohong lagi.Muka dia pun tak perlu tebal menahan malu.Dia rasa nyaman harini.Sejam lagi jam akan menghampiri angka dua belas,menandakan waktu pembelajaran akan tamat.Dia sudah boleh menarik nafas separuh lega.Bersyukur,harini tiada cikgu-cikgu yang akan menyibuk hal adiknya yang kerap ponteng sekolah.Kepalanya tak perlu pening menjawab soalan yang itu dan ini.
               Namun,kelegaan dia tidak berpanjangan bila dia didatangangi oleh Cikgu Omar,cikgu disiplin sekolah.Katanya cikgu besar mahu jumpa dia. “Apa?Cikgu besar mahu jumpa aku?Apa kesalahan yang aku buat?Ataupun kerana masalah Man lagi? Ah!kepalanya makin kuat berpusing.
              Dia hanya membuntuti Cikgu Omar tanpa berani berkata sepatah pun.Siapa tidak kenal Cikgu Omar yang garangnya macam singa.Pernah polis datang ke sekolah akibat Cikgu Omar menampar muridnya hingga berdarah mulutnya.Ibu bapa murid tersebut tidak puas hati dan mengadu kepada pihak polis.Cikgu Omar memang garang.Dulu dia pernah jadi askar.Katanya dia pernah bunuh orang.Sebab itula  dia berani tampar anak muridnya sampai berdarah.
             Ah!Itu bukan masalahnya sekarang!Sekarangni apakah hal yang penting mengenai dia sampai cikgu besar memanggilnya ke pejabat.Apakah masalahnya?Owh!Baru dia teringat,pagi tadi.Mungkin Husin dah mengadu pada cikgu tentang hal dia datang lambat kesekolah.Cis!Si Husin celupar itu dah mengadu pada cikgu besar.Betulkah cikgu besar mahu melucutkan jawatannya sebagai pengawas sekolah?Ah!biarlah,dia tak kisah kalau jawatannya dilucutkan.Bukannya dia teringin sangat mahu jadi pengawas.
            Cikgu Omar mengarahkannya masuk kedalam pejabat cikgu besar.Dia masuk tetapi tidak berani memandang cikgu besar.Bila diarahkan duduk.Diapun duduk.Cikgu Omar duduk disebelahnya.Dia diam tidak berkutik.Perutnya memang sudah habis kecut.
           “Keluarga kamu ada apa-apa masalah ke Zainab?”Cikgu besar tiba-tiba bersuara.Soalan apakah ini?
         “Takde cikgu besar.Keluarga saya okey je.”Dia menjawab antara dengar dan tidak.Cikgu Omar diam menadah telinga.
          “Adik kamu,ada masalah?”
          “Maksud cikgu besar siapa?Saya ada empat orang adik.”Dia tak suka cara cikgu besar berkias-kias bertanya soalan.Dia sebenarnya sudah mengagak mesti cikgu besar mahu menanyakan tentang hal adiknya si Man itu.Tak payahla cikgu besar mahu berkias-kias.
           “Maksud saya,adik kamu yang namanya Azman.Kamu kakaknya mesti tahu apa masalah dia kan?Jadi saya tanya kamu.”Loceng yang menandakan tamat waktu persekolahan berbunyi.
           “Dia tak mahu kesekolah cikgu.”Dia berterus terang
           “Kamu tahu apa masalah dia tak mahu kesekolah?”Ah cikgu besar juga macam cikgu-cikgu lain.Sibuk mahu bertanya itu dan ini tentang adiknya.Manala aku tau.Tanyala Man sendiri!Tanya aku pula.Getus hatinya
             Dia hanya mendiamkan diri.Sebab soalan itu diapun tak tahu jawapannya.
            “Okeylah kalau kamu tak nak bagi tahu cikgu pasal masalah adik kamu itu.Tapi saya nak beritahu kamu.Kalau keluarga kamu tak ambil tindakan mengatasi masalah adik kamu ni.Pihak sekolah akan mengambil tindakan untuk memberhentikan adik kamu dari sekolah ini.Untuk pengetahuan kamu,pihak sekolah hanya mahu menerima pelajar yang benar-benar ingin bersekolah sahaja.Kalau keluarga kamu tak setuju,terpaksalah adik kamu piNdah ke sekolah lain.Pihak sekolah tidak mahu menanggung masalah adik kamu lagi.”Panjang lebar cikgu besar menerangkan.Dia hanya mampu menganggukkan kepala tanda faham.
         “Baiklah,kamu boleh keluar sekarang.”Cikgu besar mengarahkannya.Cikgu Omar hanya memerhatikannya keluar dari pejabat.
            Dia bergegas mengemas beg.Bimbang ditinggal oleh Pak Arip.Akan tetapi, sebaik dia sampai dipagar sekolah,kelibat adik-adiknya lain sudah tidak ada.Mira pun tak nampak bayangnya.Takkan dia ditinggal.Dia bertanya pada Hanib kawan sekelasnya.Memang betul dia  ditinggal.Tak guna betul diorang!Tak tunggu aku!Dia hanya mampu mengeluh dan terus menapak.Dia terpaksa pulang berjalan kaki harini.Emosi dia harini memang benar-benar tak stabil.Balik nanti kenalah semua orang.Dalam perjalanan dia membebel sendiri.
           Sampai sahaja di depan rumah,dia nampak nenek terbongkok-bongkok menuruni tangga.
          “Oi Nab,kau balik rumah jalan kaki harini?”Alahai orang tua sorang ni.Dah tahu badan dia sudah berpeluh-peluh habis ni dia tanya lagi.Lagi menyampah adala dia dengan pertanyaan sebegitu.Dia terus mencabut kasut.
          “ Nek,ada nampak Man tak tadi?”
          “Ada..pagi tadi dia menyorok kat kayu-kayu belakang rumah nenek.Habis kotor baju sekolah dia.Nenek ajak dia masuk sarapan.Dia kata lapar,tak makan lagi.”
          “Dia sekarang kat mana?Rumah nenek lagi?”Tak sabar-sabar dia mahu melampiaskan
kemarahannya.
         “Ha’a.Tak berani katanya nak balik rumah.Takut kamu mengamuk.”
          Dia terus menyarung kasut selipar jepun dan terus berlari menuju ke rumah nenek yang  terletak  tidak berapa jauh dari rumahnya.
         “Oi Nab!!!Kau nak buat apa dengan adik kamu tu.Janganlah dimarahnya budak tu.Kesian dia Nab oiii!”Jeritan nenek tak dipeduli.Yang penting sekarang dia mahu belasah adiknya cukup-cukup.
         Pintu rumah nenek ditendang rakus.Man yang tengah melantak nasi terkejut beruk.Dia terus menghentam kepala adiknya dengan beg sekolah.Habis berterabur nasi di pinggan.Harini kemarahannya memang sudah sampai tahap kemuncak.Dia sudah tidak tahan sabar lagi dengan masalah adiknya.Dia terus menarik kolar baju adiknya macam orang gila.
        “Kenapa kau tak mahu sekolah hah?Memalukan aku saja!”Dia terus menampar-nampar muka adiknya sekuat hatinya.Man menangis perlahan.Dia tak berani melawan.Dia tahu baran kakak sulungnya itu akan bertambah kalau dia melawan.Dia juga yang teruk nanti.
            “Kenapala kau tak mahu mati masa kecik dulu?Sudah besar tak mahu sekolah,menyusahkan orang!Kalau kau mampus kan bagus!”Dia menjerit dan menendang adiknya sekuat hati.
           Akibat tidak tahan sakit,Man cuba melawan dan dia berjaya melepaskan diri.Dia berlari sekuat hati.Kasut pun tak sempat disarung.Dia berlari berkaki ayam menuju ke jalan sawah padi.Kemarahan Zainab makin menggila bila adiknya berjaya melepaskan diri.
        “Jaga kau!”Zainab mengejar adiknya.
       Man lari mencicit tak menoleh ke belakang kerana terlalu takut.Harini memang dia kena belasah teruk dengan kakaknya itu.Dia makin kuat berlari bila suara kakaknya yang menyumpah seranahnya makin dekat kedengaran.Tanpa berfikir panjang dia terus melintas ke jalan besar.Dia tak peduli lagi kenderaan yang lalu lalang dan..
        “Dum!!!”
         Tubuh Man terpelanting tinggi kerana dilanggar kereta Toyota Hilux yang sedang dipandu
laju.Zainab terkejut dan badannya kaku.
         Tubuh Man yang terpelanting tinggi itu terhumban ketengah jalan raya bertentangan dan
kemudian digilis pula oleh sebuah lori pasir kerana tak sempat membrek.
        Zainab diam terkaku bisu.Dia memang tidak menyangka adiknya itu akan mengambil tindakan bodoh melintas jalan yang memang banyak kenderaan  laju yang lalu lalang disitu.
        Orang ramai mengerumuni adiknya yang penyek dan masih berada di bawah tayar lori pasir itu.Tubuh Zainab terketar-terketar  bila melihat darah merah mengalir membuak-buak diatas jalan raya.Man tidak bergerak dibawah lori itu.Zainab mendiamkan diri dan menyembunyikan diri di balik pohon pisang yang tumbuh meliar di tepi sawah itu.Setelah itu dia sudah tidak sedar apa-apa langsung melainkan bunyi siren ambulans yang kedengaran sayup-sayup ditelinganya.Dia pengsan di celah-celah pohon pisang sendiri .
        Hakikatnya..Zainab memang belum cukup sabar untuk menghadapi adiknya Azman.
  9/5/11-ISNIN-8.30 p.m.         
“~Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran~”
(surah al-ashr ayat : 3)














\

No comments:

Post a Comment