Thursday, August 4, 2011

VANAKKAM!!! INI TAMIL MARI!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat semua...Baru-baru ini saya belajar bahasa Tamil dengan anak murid.Menurut saya,bahasa Tamil adalah bahasa yang agak sukar untuk dipelajari.Sebutannya yang mempunyai cara tersendiri untuk menyebutnya.Kena ada qalqalahnya tersendiri.


Tetapi untuk pengetahuan,bahasa Tamil sebenarnya sangatlah unik!Kalau rajin belajar,benda yang susah boleh jadi mudah..Sebenarnya seronok belajar bahasa Tamil ni.Saya rasa lucu bila belajar menyebut perkataan Tamil.Bila saya sebut..bunyinya nampak pelik sangat...tergelak sendiri saya.Saya belajar dengan cara meniru suara anak murid saya.Saya belajar menulis perkataannya juga..Tapi dalam tulisan rumila.Untuk permulaan,saya belajar perkataan yang simple-simple je..


Saya sebenarnya belajar saja-saja aje.Kadang-kadang rasa teringin nak belajar bahasa orang lain.Sekurang-kuraangnya taulah sikit-sikit..daripada tak tau langsung.Adat orang belajar...mesti kena kenal nombor dulu...







                                            Navin Kumar dan Thanesh Kumar



1,2,3 kucing berlari
mana nak sama si kucing belang..
1,2 Thanesh dan Navin,
Macam mana lagi nak sebut tamil punya slang!!!
Payah jugakla...
Ayoyo...


NOMBOR
1-wunne'
2-rende'
3-mune'
4-nale'
5-anji'
6-arek
7-yele'
8-yathe'
9-ombothe'
10-pathe'

Lagi perkataan Tamil(perkataan asas)


*HELLO-yephedi ireke
*AYAH DAN MAK-appa amma
*CIKGU-watiare'
*ADIK-tambi
*KAKAK-akka'
*ABANG-anne'
*NENEK-pathi'
*DATUK-tata'
*ALAMAK!!!-ayoyo..


APA ITU SEBENARNYA BAHASA TAMIL???NAK TAU SIKIT...

Tamil (தமிழ் tamiḻ) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.

Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.

Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal தமிழ் (/t̪ɐmɨɻ/). Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi fonetik, huruf ini biasanya dilambangkan dengan simbol penggeseran gelungan.

OKLAH...SETHEPAITANGA!!!

*sumber dan untuk maklumat lanjut..sila layari=(http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Tamil)

 

8 comments:

  1. Morning, Miss Rahimah.
    Sangat menarik posting anda ni.
    Saya mmg anda keinginan mahu menguasai bahasa tamil memandangkan tempat saya bekerja (Klang) ada ramai orang India.
    Apa nasihat Miss Rahimah ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. hai, Saya berminat sangat dengan bahasa Tamil. Saya teringin sangat nak belajar.

    ReplyDelete
  3. hai, Saya berminat sangat dengan bahasa Tamil. Saya teringin sangat nak belajar.

    ReplyDelete
  4. Perhitungan angka 1 sampai 10 dalam bahasa Tamil merupakan contoh yang bagus

    ReplyDelete