Monday, February 7, 2011

MENGEMIS IKHLAS DARI LUBUK HATI(29/11/10_1.00 PM)



           ikhlas.Mana-manapun kita selalu dilanda dengan masalah keikhlasan.Selalu kita buat sesuatu benda atau kerja.Tapi belum tentu kerja yang kita buat itu ikhlas atau tidak.Cuma hati kita sahaja yang tahu samada kita melakukan kerja itu atas dasar ikhlas ataupun terpaksa.Sebenarnya perasaan kita ini menarik untuk dikisahkan atau dibongkar mengenai masalah keikhlasan ini.
         Apakah kita mengetahui perkara yang menyebabkan kita melakukan sesuatu tanpa ada perasaan ikhlas.Ini kerana penting untuk kita mengetahui betapa banyak manfaat yang dapat kita nikmati sekiranya kita mencapai tahap keikhlasan dalam hidup.Memang benar kita tidak boleh terlalu ikhlas untuk hidup.Ikhlas terhadap orang lain perlulah berpada-pada.Perasaan tidak ikhlas ini sememangnya datang daripada hati apabila melakukan sesuatu kerana terpaksa bukan atas kerelaan diri sendiri.Itu adalah sebab utama rasa tidak ikhlas.Sebab lain adalah kerana melakukan sesuatu kerana inginkan balasan daripada apa yang telah dilakukan.Kemudian,disebabkan oleh perasaan dendam yang ada dalam diri.
          Kadang-kadang kita boleh perhatikan diri kita sendiri.Perasaan itu memang tidak mustahil,mesti ada pada diri kita.Sebagai contoh,sahabat kita ingin kita menolongnya untuk sesuatu perkara.Apabila kita menolak permintaannya,maka sahabat kita itu akan merasa bahawa kita ini kawan yang tidak setia.Untuk tidak merasa bersalah,maka kita menurut perintahnya walaupun hati kita sangat berat untuk melakukannya.Nak buat macamana nak menjaga hati.Kadang-kadang kita rasa sahabat kita itu tidak memahami keadaan kita.Mereka hanya membuat kesimpulan bahawa kita hanya sahabat yang hanya boleh dibuat kawan semasa suka sahaja.Tetapi dalam keadaan dia memerlukan,kita tidak mahu pula untuk menolongnya.
         Sebagai seorang yang mempunyai sahabat dan menyayangi sahabat,memanglah kita disarankan untuk membantu sahabat kita semasa mereka berada dalam keadaan yang memerlukan.Tapi kita sebagai sahabat juga harus memahami sahabat yang kita ingin memohon pertolongan darinya.Mengapa kita tidak melihat kesediaan mereka untuk membantu kita.Mungkin kita dapat mengetahui samada mereka ikhlas atau tidak untuk membantu kita.Kalau mereka terasa berat untuk membantu kita,apalah salahnya sekiranya kita tidak memaksa mereka.Kita tidak berhak untuk memaksa sesiapa.Jangan pula kita menuduhnya tidak sanggup membantu kita.Sekiranya kita bersedia memahami ataupun mengerti keadaan sahabat kita,maka inilah yang dinamakan ikhlas dalam bersahabat.Tiada unsur paksaan dalam perhubungan.
       Untuk mencapai keikhlasan ini,caranya amatlah mudah untuk kita katakan.Akan tetapi, tidak mudah juga untuk dilaksanakan.Ini kerana orang yang dapat mencapai tahap keikhlasan yang tinggi adalah orang yang hatinya benar-benar bersih.Mereka yang ikhlas dalam hidup tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada orang lain.Menolong atas dasar kasih.Malah,orang yang ikhlas ini sanggup melebihkan orang lain daripada dirinya sendiri.Mereka akan turut rasa bahagia sekiranya dapat membuatkan orang yang ditolongnya itu bergembira atas pertolongan yang dilakukannya.Bagi  mereka biarlah aku susah,asalkan orang yang mereka kasihi bergembira.Betapa mahalnya harga keihklasan ini.Mencapainya memerlukan kekuatan dalaman yang setinggi gunung.Memilikinya merupakan anugerah yang paling mahal daripada ALLAH.Wallahualam…

No comments:

Post a Comment