Alhamdulillah..samal-samalah merafa'kan kesyukuran kepada Allah.Syukurlah padanya atas semua nikmatnya yang ada di seluruh muka bumi ini.Tak terkira..
Sebenarnya diri ini sentiasa mencari segenap peluang yang ada untuk mengislah diri.Cuba mencari jalan keluar bagi hati yang terasa mati.Tida rasa manisnya menjadi seorang hamba ALLAH..
Alhamdulillah,rupanya nikmat Allah banyak..bila menyedari diri ini masih berpeluang untuk mengislah diri..
17 - 18 Februari 2011 Allah telah tempatkan saya bersama-sama sahabat untuk menjadi fasi di sebuah sekolah menengah yang terletak di Tanah Merah,Kelantan Darul Naim.Nama sekolah tersebut ialah Sek Agama Menengah Ugama Arab Tarbiah Islamiah Tanjung Kajang.
Sebenarnya program ini di cadangkan oleh us.Syukri(pensyarah APIUM) yang mana sekolah itu merupakan sekolah sahabat ustaz.Jadi kawan ustaz minta kami untuk menjadi fasi program tersebut.Begitulah ceritanya...Permintaan daripada sekolah hanya 5 orang fasilitator sahaja.
Maka tiba hari yang dijanjikan,kami,3 orang fasi muslimin dan 2 orang fasi muslimat termasuk saya bertolaklah ke sekolah tersebut.Perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang satu jam.
Mulanya kami andaikan yang kami akan melatih pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sebaik saya mendapat taklimat daripada saudara Amin bahawa program ini adalah kursus kepimpinan untuk para pengawas di sekolah tersebut.Maka dengan itu kami mengagak bahawa sasaran kami adalah seperti yang saya nyatakan diatas.
Rupa-rupanya sangkaan kami meleset sama sekali.Sesampainya di sekolah,kami terus di bawa oleh cikgu menuju ke asrama.Cikge Shahrir menghantar saya dan syahirah(sahabat saya) ke asrama.Kemudian cikgu menunjukkan bahawa sebelah asrama ini adalah bilik darjah.Hanya ada tiga kelas.Owh...jadinya yang saya masuk ini adalah sekolah,bukan asrama,Sangkaan saya bangunan ini hanyalah asrama.Kecilnya sekolah ini...sangat comel..
Bertemu dengan cikgu Za (warden aspuri).Seorang guru yang masih muda,ceria dan manis.Kami terus menuju ke kantin untuk menikmati sedikit jamuan.Kemudian terus menuju ke surau untuk menunaikan solat fardu maghrib.
Berprogram bersama adik2 sangat menggembirakan hati saya.Dapat mengenali orang-orang baru.Bertukar-tukar cerita.Alhamdulillah saya mendapat kumpulan bersama dengan syahira dalam satu kumpulan.Kalau saya seorang,mati kutu rasanya.
Nama kumpulan saya ialah HUMAIRA’yang membawa maksud kemerah-merahan.Cantik namanya.Adik2 saya seramai tujuh orang.4 lelaki dan 3 perempuan.(salman,faiz,anas,che ridwan,afiqah,asma dan atiqah)
Adik2 saya rupanya pemalu..Letih juga saya mencari idea bagaimana nak menghilangkan sifat pemalu diorang ni.Macam-macam.Maafla pada syahira,sampai saya suruh dia berlakon.
Ada adik yang tak kurang nakalnya,letih saya menahan ketawa.Kelakarla diorang ni.Kelakar sebab saya tak faham bahasa kelate yang pekat teramat.”Payohla ambo nak oyak.Akak tok pehe..”Maafla dik..akak lambat pickup sikit..
Esoknya merupakan hari terkahir program..Rasa macam tak sempat nak kenal adik-adik yang berkarenah ini.Walaupun sekejap bersama dengan diorang.Tapi hati rasa happy.Dapat berkongsi banyak perkara.Cerita sedikit tentang ISLAM.Penghayatan hidup.Tentang masa.Kebanyakannya saya cuba kongsi perkara yang menjurus kearah kepemimpinan…
Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi sumbangan kepada kami semua.Sebenarnya khidmat kami taklah seberapa.Pengalaman yang kami dapat itu sebenarnya lebih berharga.Tak perlu dibalas dengan apa-apa.Memadai dengan ucapan terima kasih sahaja.
(saya bangga menjadikan...........sebagai idola saya)
Apapun…saya berterima kasih padaNya yang memberi saya banyak pengajaran.Untuk saya hidup dengan lebih semangat.Menjadi lebih baik.Walaupun diri ini tidaklah terlalu baik..Teringat saya kata2 saudara Amin..ISLAH NAFSAK WAD’U GHAIRAK..Perbaiki diri disamping itu seru orang lain…Percaya pada diri mampu untuk mengubah…wassalam..
p/s: syukran pada ustzh Aziati coz hanta kami balik np dgn slmt..
No comments:
Post a Comment