Sunday, September 18, 2011


“BELUM CUKUP SABAR”
           “Man!!! Oo Man!” sepelaung dia menjerit.
           “Ish manala budak sekor ni.Geram betul aku.Tadi ada kat tangga rumah depan sekarang dah tak ada.Cepat betul budak ni menghilang.”Dia mendaki tangga lagi masuk kedalam rumah.Berdentum bunyi pintu dihentam.Geram!!Siapla kau kalau aku jumpa..
            Dia menuju rumah tengah.Menendang pintu bilik dengan kaki.Pintu terbuka.Kosong.Tiada orang.Manala budakni pergi.Beg sekolah dia ada kat tangga.Dia keluar dari bilik.Menendang lagi pintu bilik sebelah.Kosong juga.Budak ni menyorok mana.Dia merendahkan badan.Mengintai bawah katil.Takde.Mengintai bawah meja.Takde juga.Kepala dia makin berasap.
           “Man!Oo Man!” Tak juga disahut.
           “Oi Nab!Kenapa kau terjerit-jerit ni.”Cik Ros menengking anaknya.Apasal budak ni terjerit-jerit macam orang gila.
           “Mak.Nampak si Man tak?Pak Arip dah tunggu tu.Dari tadi asyik hon.Budak tu menyorok kat mana ha Mak??”Dia mendengus.
           “Ntah..Mak tak tau.Tapi bukan dia dah siap-siap pakai baju sekolah dengan beg sekali ke turun tangga.”Cik Ros pelik dengan anak jantan bongsunya itu.Kemana aja budak ni menghilang.Semalam pun serupa ini.Konon siap-siap nak kesekolah.Tup-tup menghilang entah kemana.
        “Alamak dah lambat ni..”Nab menjeling  jam ditangannya,hampir pukul tujuh tiga puluh.Alamat kena  catatla namanya oleh pengawas sekolah hari ni.
        “Alah,tinggal jelah budak tu.Dah lambat dah ni.”Cik Ros ambil mudah.
        “Mana boleh mak.Nanti Cikgu Rashidah tanya Nab nanti.Mampus nak jawab apa.”Dia mengetap bibir.Semalam dia dah kena leter dengan cikgu itu waktu belajar dengannya mata pelajaran bahasa Melayu.
       “Zainab.”Cikgu Rashidah yang digeruni oleh kebanyakan pelajar kerana mulut celuparnya itu menghampirinya.
        “Adik kamu si Azman tu kenapa tak sekolah harini?”
Dia menundukkan wajahnya.Malu dengan rakan sekelas.
        “Dah tiga hari termasuk hari ni dia ponteng sekolah kenapa?”Cikgu becok itu bercekak pinggang dihadapannya.
        Dia cuma berdiam diri.Makin  menundukkan kepalanya.
        “Eh,cikgu tanyani! Kamu buat pekak pula.”Cikgu Rasidah berang bila soalannya tidak dijawab.
          “Alamak..apa aku nak jawab ni.Takkan aku nak cakap Man taknak sekolah.Menyorok.”Dia gelisah dengan soalan itu.Malu dengan rakan-rakan untuk menyatakan yang adiknya itu memang tak mahu ke sekolah.Ponteng!
        “Dia terlambat cikgu.Kena tinggal.”Dia berbohong lagi.Semalam dia kata demam adiknya belum kebah.Semalamnya lagi alasannya juga demam.Tiga hari adiknya ponteng sekolah.Tiga hari juga dia berbohong.Tiga hari juga dia dapat dosa free sebab berbohong dengan cikgu.
        “Banyakla alasan kamu.Cakap ajala dia malas!!Kamu ingat cikgu tak tahu!”Tinggi suara Cikgu Rashidah.Berdesing telinganya mendengar perkataan itu.
       “Kamu cakap kat mak kamu.Kalau adik kamu dah tak mahu sekolah.Berhentikan aja!Menyusahkan orang!Apa dia ingat sekolahni bapak dia yang punya?Suka hati k nak ponteng-ponteng sekolah!Berhentikan aja!Senang cerita.”Terpercik-percik air liur cikgu Rashidah kemukanya.
        Pedih hatinya hanya Tuhan yang tahu.Membuak-buak kemarahnnya dengan keceluparan mulut Cikgu Rashidah itu.Kalau itu bukan cikgu, mahu saja dia menengkingnya kembali.Seakan dia mahu berkata, ‘apa main bapak-bapak!Bapak aku dah meninggal tau tak?’tapi apakan daya orang itu adalah cikgu.Dia tak berani berkurang ajar dengan cikgu..Dalam hati, ‘siapla kau Man balik nanti!Kena kau aku kerjakan!Memalukan aku saja!’ Balik rumah,habis dihamburkan kemarahannya pada Man.Habis di tempeleng muka adiknya itu.Biar padan muka kau Man.Kau yang tak sekolah aku pula yang kena.
         “Pin!Piiiiin!Bunyi hon kereta Pak Arip ayah saudaranya itu mengejutkan lamunannya.Dia terkocoh-kocoh berlari ke rumah depan dan menuruni tangga.Kelam-kabut memakai kasut sekolah.Pak Arip menjelingnya.
         “Nab!Cepatla sikit.Kau tak tengok jam ke dah pukul berapa?Dah lambat ni.Nanti tak sempat nak berhimpun dah kena catit nama.”Pak Arip terus membebel.Tiap hari dia terpaksa menadah telinga mendengar Pak Arip membebel kerana lambat.
        Pintu kereta ditutup tapi kereta Pak Arip masih tak berjalan.
        “Dah Pak Arip,jalan.”Dia bersuara.
        “Man mana?Tak sekolah lagi?”Pak Arip menoleh kebelakang.
         “Tak.Tinggal je dia.”Malas dia mahu menerangkan.
          “Adik kamu ni memangla.Dalam seminggu, sehari dua je pergi sekolah.Dari awal tahun sampai sekarang tak ada perubahan.Apa nak jadi dengan dia bila besar nanti.Apa mak kamu tak marah ke?Buat rugi je bayar yuran sekolah mahal-mahal.Kamu pun satu,cubala nasihatkan adik kamu tu.”Pak Arip tak  habis-habis membebel padanya.Dia tak dengar apa pun.Itu sebab dia tutup telinganya dengan jari telunjuk dan buat tak tahu.Tak larat nak dengar.Naik berbulu rasanya telinga dia.Masa Pak Arip membebel,mulutnya berkata ‘lalalalalalalalalaaaaaa…………….’sampailah kereta Pak Arip betul-betul sampai dihadapan pintu pagar sekolah.
             Cepat-cepat dia buka pintu kereta dan mengucapkan ‘terima kasih Pak Arip”.Kemudian dia terus bergegas masuk ke pintu pagar utama sekolah.Masa dia berlari-lari anak,sepupunya Mira anak Pak Arip memanggilnya.
            “Wei Nab!Tunggu jap.”
             Dia menghentikan ayunan kaki dan menoleh ke belakang.Kenapa pulak si Mira ni.Dah lambat ni.Nanti tak sempat makan RMT(rancangan makanan tambahan) yang diberi oleh pihak sekolah.Dia lihat semua murid yang berhimpun sudah beratur berjalan menuju ke kantin.
          “ Äpanya?Cepat sikit!”Dia menghentak-hentak kakinya perlahan.
          “Esok-esok kena cepat sikit.Kalau lambat,aku suruh bapak aku tinggal je tau.”Mira bermuka masam memandangnya.
          “Yelah.Aku tau.”Dia terus mengangkat kaki.
          “Äku betul-betul tau ni.Kalau lambat lagi minggu depan korang kena tinggal.”Mira tak puas hati bila sepupunya itu seolah tidak mengambil serius apa yang dikatakannya sebentar tadi.
         “Ye,ye aku tau.”Nab terus berjalan tanpa memandangnya. “Membebel aje taunya minah ni.”Bisik hatinya.
            “Op op!Berhenti! Zainab binti Badaruddin,datang lewat lagi harini!.”Husin,pengawas yang bertugas menjaga pintu pagar sekolah mencatat namanya.
            “Diamlah kau.Sukati akula!”Dia menjelir lidah pada Husin yang kaki report dengan cikgu.Pengawas yang dibencinya kerana perangainya yang suka mengadu dengan cikgu.
            “Aku bagitau Cikgu Rashidah nanti.Biar jawatan kau dilucutkan.Harap je pengawas sekolah,tapi suka datang lewat.”Husin masih tak berpuas hati.
            Zainab mengajuk kata-kata Husin.Dan terus berlari ke kantin.Harap-haraplah RMT
adalagi.Janganlah orang lain gantikan tempat aku.Perut aku tengah lapar ni.Man punya pasallah aku tak sempat sarapan sebab mencarinya.
            Setibanya di kantin.Semua kawan-kawannya masing-masing sudah menggenggam bungkusan kertas yang berisi burger dan sudah bersedia untuk mengunyah.Dia melihat kearah meja jualan kantin.Kosong.Makcik kantin pun sudah mengemas-ngemas segala  bakul-bakul yang mengisi bekas burger.Dia telan air liur bila tengok murid-murid lain bersungguh-sungguh mengunyah burger.Sedapnya.Tapi bahagiannya telah diberi pada murid-murid yang tidak layak menerima RMT.Rezeki lebih disebabkan murid yang menerima RMT tidak hadir ataupun datang lewat macam dia.Dia menghela nafas kecewa.
                “Kau punya pasallah Man aku tak dapat  makan burger harini!Nanti kau!Balik nanti aku kerjakan kau!”.Dia menjerit dalam hati.Dia benar-benar hampa harini.Hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana hari itu adalah hari yang menyediakan burger untuk hidangan RMT.Makanan kegemarannya.Dia memang jarang  merasa  burger di rumah.Kalau nak mengharap maknya beli burger jangan haraplah.
                Dia terus menuju ke kelas 6 Harapan.Di dalam kelas kosong tiada orang.Huh,mesti diorang tengah sedap melahap burger.Melepas aku. “Kau taula Man balik nanti.Aku kerjakan kau cukup-cukup.Buat aku tak merasa burger.Empat hari aku menanti,akhirnya sia-sia penantian aku.”
               Harini dia boleh rasa sedikit tenang kerana harini tiada mata pelajaran Bahasa Melayu Cikgu Rashidah.Tak adalah dia rasa kecut perut mahu mencipta alasan dan bohong lagi.Muka dia pun tak perlu tebal menahan malu.Dia rasa nyaman harini.Sejam lagi jam akan menghampiri angka dua belas,menandakan waktu pembelajaran akan tamat.Dia sudah boleh menarik nafas separuh lega.Bersyukur,harini tiada cikgu-cikgu yang akan menyibuk hal adiknya yang kerap ponteng sekolah.Kepalanya tak perlu pening menjawab soalan yang itu dan ini.
               Namun,kelegaan dia tidak berpanjangan bila dia didatangangi oleh Cikgu Omar,cikgu disiplin sekolah.Katanya cikgu besar mahu jumpa dia. “Apa?Cikgu besar mahu jumpa aku?Apa kesalahan yang aku buat?Ataupun kerana masalah Man lagi? Ah!kepalanya makin kuat berpusing.
              Dia hanya membuntuti Cikgu Omar tanpa berani berkata sepatah pun.Siapa tidak kenal Cikgu Omar yang garangnya macam singa.Pernah polis datang ke sekolah akibat Cikgu Omar menampar muridnya hingga berdarah mulutnya.Ibu bapa murid tersebut tidak puas hati dan mengadu kepada pihak polis.Cikgu Omar memang garang.Dulu dia pernah jadi askar.Katanya dia pernah bunuh orang.Sebab itula  dia berani tampar anak muridnya sampai berdarah.
             Ah!Itu bukan masalahnya sekarang!Sekarangni apakah hal yang penting mengenai dia sampai cikgu besar memanggilnya ke pejabat.Apakah masalahnya?Owh!Baru dia teringat,pagi tadi.Mungkin Husin dah mengadu pada cikgu tentang hal dia datang lambat kesekolah.Cis!Si Husin celupar itu dah mengadu pada cikgu besar.Betulkah cikgu besar mahu melucutkan jawatannya sebagai pengawas sekolah?Ah!biarlah,dia tak kisah kalau jawatannya dilucutkan.Bukannya dia teringin sangat mahu jadi pengawas.
            Cikgu Omar mengarahkannya masuk kedalam pejabat cikgu besar.Dia masuk tetapi tidak berani memandang cikgu besar.Bila diarahkan duduk.Diapun duduk.Cikgu Omar duduk disebelahnya.Dia diam tidak berkutik.Perutnya memang sudah habis kecut.
           “Keluarga kamu ada apa-apa masalah ke Zainab?”Cikgu besar tiba-tiba bersuara.Soalan apakah ini?
         “Takde cikgu besar.Keluarga saya okey je.”Dia menjawab antara dengar dan tidak.Cikgu Omar diam menadah telinga.
          “Adik kamu,ada masalah?”
          “Maksud cikgu besar siapa?Saya ada empat orang adik.”Dia tak suka cara cikgu besar berkias-kias bertanya soalan.Dia sebenarnya sudah mengagak mesti cikgu besar mahu menanyakan tentang hal adiknya si Man itu.Tak payahla cikgu besar mahu berkias-kias.
           “Maksud saya,adik kamu yang namanya Azman.Kamu kakaknya mesti tahu apa masalah dia kan?Jadi saya tanya kamu.”Loceng yang menandakan tamat waktu persekolahan berbunyi.
           “Dia tak mahu kesekolah cikgu.”Dia berterus terang
           “Kamu tahu apa masalah dia tak mahu kesekolah?”Ah cikgu besar juga macam cikgu-cikgu lain.Sibuk mahu bertanya itu dan ini tentang adiknya.Manala aku tau.Tanyala Man sendiri!Tanya aku pula.Getus hatinya
             Dia hanya mendiamkan diri.Sebab soalan itu diapun tak tahu jawapannya.
            “Okeylah kalau kamu tak nak bagi tahu cikgu pasal masalah adik kamu itu.Tapi saya nak beritahu kamu.Kalau keluarga kamu tak ambil tindakan mengatasi masalah adik kamu ni.Pihak sekolah akan mengambil tindakan untuk memberhentikan adik kamu dari sekolah ini.Untuk pengetahuan kamu,pihak sekolah hanya mahu menerima pelajar yang benar-benar ingin bersekolah sahaja.Kalau keluarga kamu tak setuju,terpaksalah adik kamu piNdah ke sekolah lain.Pihak sekolah tidak mahu menanggung masalah adik kamu lagi.”Panjang lebar cikgu besar menerangkan.Dia hanya mampu menganggukkan kepala tanda faham.
         “Baiklah,kamu boleh keluar sekarang.”Cikgu besar mengarahkannya.Cikgu Omar hanya memerhatikannya keluar dari pejabat.
            Dia bergegas mengemas beg.Bimbang ditinggal oleh Pak Arip.Akan tetapi, sebaik dia sampai dipagar sekolah,kelibat adik-adiknya lain sudah tidak ada.Mira pun tak nampak bayangnya.Takkan dia ditinggal.Dia bertanya pada Hanib kawan sekelasnya.Memang betul dia  ditinggal.Tak guna betul diorang!Tak tunggu aku!Dia hanya mampu mengeluh dan terus menapak.Dia terpaksa pulang berjalan kaki harini.Emosi dia harini memang benar-benar tak stabil.Balik nanti kenalah semua orang.Dalam perjalanan dia membebel sendiri.
           Sampai sahaja di depan rumah,dia nampak nenek terbongkok-bongkok menuruni tangga.
          “Oi Nab,kau balik rumah jalan kaki harini?”Alahai orang tua sorang ni.Dah tahu badan dia sudah berpeluh-peluh habis ni dia tanya lagi.Lagi menyampah adala dia dengan pertanyaan sebegitu.Dia terus mencabut kasut.
          “ Nek,ada nampak Man tak tadi?”
          “Ada..pagi tadi dia menyorok kat kayu-kayu belakang rumah nenek.Habis kotor baju sekolah dia.Nenek ajak dia masuk sarapan.Dia kata lapar,tak makan lagi.”
          “Dia sekarang kat mana?Rumah nenek lagi?”Tak sabar-sabar dia mahu melampiaskan
kemarahannya.
         “Ha’a.Tak berani katanya nak balik rumah.Takut kamu mengamuk.”
          Dia terus menyarung kasut selipar jepun dan terus berlari menuju ke rumah nenek yang  terletak  tidak berapa jauh dari rumahnya.
         “Oi Nab!!!Kau nak buat apa dengan adik kamu tu.Janganlah dimarahnya budak tu.Kesian dia Nab oiii!”Jeritan nenek tak dipeduli.Yang penting sekarang dia mahu belasah adiknya cukup-cukup.
         Pintu rumah nenek ditendang rakus.Man yang tengah melantak nasi terkejut beruk.Dia terus menghentam kepala adiknya dengan beg sekolah.Habis berterabur nasi di pinggan.Harini kemarahannya memang sudah sampai tahap kemuncak.Dia sudah tidak tahan sabar lagi dengan masalah adiknya.Dia terus menarik kolar baju adiknya macam orang gila.
        “Kenapa kau tak mahu sekolah hah?Memalukan aku saja!”Dia terus menampar-nampar muka adiknya sekuat hatinya.Man menangis perlahan.Dia tak berani melawan.Dia tahu baran kakak sulungnya itu akan bertambah kalau dia melawan.Dia juga yang teruk nanti.
            “Kenapala kau tak mahu mati masa kecik dulu?Sudah besar tak mahu sekolah,menyusahkan orang!Kalau kau mampus kan bagus!”Dia menjerit dan menendang adiknya sekuat hati.
           Akibat tidak tahan sakit,Man cuba melawan dan dia berjaya melepaskan diri.Dia berlari sekuat hati.Kasut pun tak sempat disarung.Dia berlari berkaki ayam menuju ke jalan sawah padi.Kemarahan Zainab makin menggila bila adiknya berjaya melepaskan diri.
        “Jaga kau!”Zainab mengejar adiknya.
       Man lari mencicit tak menoleh ke belakang kerana terlalu takut.Harini memang dia kena belasah teruk dengan kakaknya itu.Dia makin kuat berlari bila suara kakaknya yang menyumpah seranahnya makin dekat kedengaran.Tanpa berfikir panjang dia terus melintas ke jalan besar.Dia tak peduli lagi kenderaan yang lalu lalang dan..
        “Dum!!!”
         Tubuh Man terpelanting tinggi kerana dilanggar kereta Toyota Hilux yang sedang dipandu
laju.Zainab terkejut dan badannya kaku.
         Tubuh Man yang terpelanting tinggi itu terhumban ketengah jalan raya bertentangan dan
kemudian digilis pula oleh sebuah lori pasir kerana tak sempat membrek.
        Zainab diam terkaku bisu.Dia memang tidak menyangka adiknya itu akan mengambil tindakan bodoh melintas jalan yang memang banyak kenderaan  laju yang lalu lalang disitu.
        Orang ramai mengerumuni adiknya yang penyek dan masih berada di bawah tayar lori pasir itu.Tubuh Zainab terketar-terketar  bila melihat darah merah mengalir membuak-buak diatas jalan raya.Man tidak bergerak dibawah lori itu.Zainab mendiamkan diri dan menyembunyikan diri di balik pohon pisang yang tumbuh meliar di tepi sawah itu.Setelah itu dia sudah tidak sedar apa-apa langsung melainkan bunyi siren ambulans yang kedengaran sayup-sayup ditelinganya.Dia pengsan di celah-celah pohon pisang sendiri .
        Hakikatnya..Zainab memang belum cukup sabar untuk menghadapi adiknya Azman.
  9/5/11-ISNIN-8.30 p.m.         
“~Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran~”
(surah al-ashr ayat : 3)














\

Thursday, August 4, 2011

VANAKKAM!!! INI TAMIL MARI!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat semua...Baru-baru ini saya belajar bahasa Tamil dengan anak murid.Menurut saya,bahasa Tamil adalah bahasa yang agak sukar untuk dipelajari.Sebutannya yang mempunyai cara tersendiri untuk menyebutnya.Kena ada qalqalahnya tersendiri.


Tetapi untuk pengetahuan,bahasa Tamil sebenarnya sangatlah unik!Kalau rajin belajar,benda yang susah boleh jadi mudah..Sebenarnya seronok belajar bahasa Tamil ni.Saya rasa lucu bila belajar menyebut perkataan Tamil.Bila saya sebut..bunyinya nampak pelik sangat...tergelak sendiri saya.Saya belajar dengan cara meniru suara anak murid saya.Saya belajar menulis perkataannya juga..Tapi dalam tulisan rumila.Untuk permulaan,saya belajar perkataan yang simple-simple je..


Saya sebenarnya belajar saja-saja aje.Kadang-kadang rasa teringin nak belajar bahasa orang lain.Sekurang-kuraangnya taulah sikit-sikit..daripada tak tau langsung.Adat orang belajar...mesti kena kenal nombor dulu...







                                            Navin Kumar dan Thanesh Kumar



1,2,3 kucing berlari
mana nak sama si kucing belang..
1,2 Thanesh dan Navin,
Macam mana lagi nak sebut tamil punya slang!!!
Payah jugakla...
Ayoyo...


NOMBOR
1-wunne'
2-rende'
3-mune'
4-nale'
5-anji'
6-arek
7-yele'
8-yathe'
9-ombothe'
10-pathe'

Lagi perkataan Tamil(perkataan asas)


*HELLO-yephedi ireke
*AYAH DAN MAK-appa amma
*CIKGU-watiare'
*ADIK-tambi
*KAKAK-akka'
*ABANG-anne'
*NENEK-pathi'
*DATUK-tata'
*ALAMAK!!!-ayoyo..


APA ITU SEBENARNYA BAHASA TAMIL???NAK TAU SIKIT...

Tamil (தமிழ் tamiḻ) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.

Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.

Nama 'Tamil' bersempena bentuk "pembaratan" bagi nama asal தமிழ் (/t̪ɐmɨɻ/). Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi fonetik, huruf ini biasanya dilambangkan dengan simbol penggeseran gelungan.

OKLAH...SETHEPAITANGA!!!

*sumber dan untuk maklumat lanjut..sila layari=(http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Tamil)

 

Monday, August 1, 2011

PENCIPTAAN MANUSIA

                                     "Dia diciptakan dari air(mani)yang terpancar"
                                                                                    
                                                                          (surah at-tariq ayat 6)

Al-Quran sebenarnya telah menerangkan dahulu tentang proses embriologi manusia.Sejak 1400 tahun dahulu.Para saintis hanya menemui fakta-fakta kejadian manusia secara lengkap hanya kebelakangan ini sahaja.Islam tidak memerlukan pengasas ilmu embriologi kerana sudah ada al-Quran yang lengkap menceritakan segala-galanya.

*pengasas ilmu embriologi_aristotle.

Tahap kejadian manusia:
 1) NUTFAH : which means a drop or small amount of liquid
2) ALAQAH : which means a leech like structure
3) MUDGHAH : which means a chewed-like structure
4) IDHAAM : which means bones or skeleton
5) AL-KISAA' : the clothing of bones with flesh or muscle
6) AL-NASH'A : which means formation of distinct fetus

sumber:Al-Quran dan wakeup project.(divine books)


Friday, April 29, 2011

Nak berubah....



Alhamdulillah,
Assalamualalaikum w.b.t.
Dah lama saya tak menulis.Selalu sekerat-sekerat menulis lepastu dah tak ada idea.Rasa kosong je.Tak ada apa yang nak kongsi.Ilmu pun rasa takde.Sikit sangat sampai tak tau nak sampaikan apa.Bila teringat hadis nabi.. “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat..” saya paksakan diri untuk menulis..Hidup bukan untuk disia-siakan dengan perkara kosong.Takut mati nanti pun kosong.Tak benda pun nak bawa masuk dalam lubang kubur..Tak ke?Menyesal…

Program: Triumph of Academic Moral and Religion (TAMAR)
Pada tarikh : 20-22/1/2011
Bertempat di smk mulong kota bharu(dekat sangat dengan np)
Bertolak jam 3
Balik lebih kurang jam 4
 

Sebenarnya..bukan ada apa-apa yang nak diceritakan pun.Mungkin jalan ceritanya agak membosankan.Tulisan yang dah lama tergendala.Tak sempat-sempat saya nak habiskan.Cumanya..ada point penting yang nak sangat saya kongsikan kepada semua.

Sebenarnya..saya rasa macam sedikit terkesan dengan programni.Timbul rasa nak berubah menjadi baik.Tak nak buat jahat lagi dah.Nak bertaubat..Kadang-kadang entah kenapa iman ini cepat sahaja menurun.Satu hari itu rasanya sudah tekad azam untuk berubah.Tapi sebentar sahaja perasaan itu hilang.Ya Allah apalah hikmahnya yang mahu KAU tunjukkan pada aku..Kadang tak berdaya lagi untuk berazam.Bimbang ia tidak menjadi.Orang kata,taknak bertaubat sebab takut nanti buat jahat balik..baik takyah bertaubat..Macamtula kadang-kadang saya terfikir.

Seperti semasa menjadi fasi di smk mulong.Masatu memang terasa berkobar-kobar rasanya mahu berubah menjadi baik setelah melihat adik-adik bersemangat mahu berubah.Pulang dari program dengan penuh keazaman.Tapi akhirnya,langsung tidak menampakkan hasil.Cuma hangat-hangat tahi tahi ayam dan sekadar azam di bibir.

Tapi itu sebenarnya bukanlah cerita yanbg saya ingin sampaikan.Tak penting pun cerita saya tadi.Ada cerita yang lebih penting lagi.

Saya ingin kisahkan disini,pengalaman di smk mulong.Saya pernah terinspirasi oleh seorang adik.Adik tersebut adalah seorang perempuan dan saya tidak pernah mengenal namanya.Pandangan pertama saya sewaktu mula melihatnya,saya memberi kesimpulan bahawa adik ini adalah pelajar yang bermasalah dan perlu bimbingan.Memandangkan cara berpakaian,percakapannya.Pada masa itu saya tidak menjangkakan  budak seperti itu akan terkesan.Peratus untuk berubah adalah sangat sedikit. Memandangkan program ini berlangsung hanya tiga hari.Untuk berubah,tidaklah seberapa kesannya..Saya rasa budak sepertinya,berhati batu sedikit dan payah untuk mengubahnya melainkan dengan kehendak dia sendiri.

Namun begitu,telahan saya meleset sama sekali.Pada hari terakhir program.Kami bergambar-gambar sesama kumpulan.Makan tengahari dan bersiap-siap untuk sembahyang.Sedang saya dan kawan-kawan berehat sebentar dan berbual-bual dengan adik adik.Tiba-tiba ada sekumpulan adik-adik yang lain menghampiri kami dan mahu baersalaman.Mungkin takut tak sempat nak bersalaman.Kami berpelukan dan saya seperti biasa akan memberi sedikit nasihat,motivasi atau saranan kepada adik-adik supaya berubah dan bersungguh untuk berjaya.Yela..diorang pun saya anggapkan macam adik kandung sendiri.Tiba giliran budak yang saya ceritan tadi.Kami bermaafan sesame sendiri.Oleh kerana budak ini saya sudah aim bermasalah,jadi nasihat saya dua kali ganda sikitlah.SAya kata kat dia “jangan pernah putus asa untuk berubah.Saya bacakan hadis yang berbunyi..setiap anak adam itu berbuat salah dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah yang bertaubat terhadap kesalahannya.Tiba-tiba dia menangis.Saya eratkan pelukan itu kerana menyedari dia berpeluang untuk menjadi baik.Dia sama macam saya.Mahu menjadi baik.Mungkin sebelum ni dia ada cita-cita untuk menjadi baik tapi tiada dorongan.Persekitaran pun lansung tak membantu dia.Agak lama saya memeluknya.Saat itu juga saya sedar…semua orang sebenarnya cenderung untuk berubah menjadi lebih baik.Tapi selalu rasa sendiri.Tak ada sokongan.Takut diejek.Konon berlagak alim.Memang itulah reality hidup.

Apapun saya mendapat motivasi daripada adik tersebut.Sejahat mana orang itu,dia masih berpeluang untuk bertaubat.Pintu taubat sentiasa terbuka.Jadi kesimpulannya,semua orang jangan putus asa nak jadi baik.Saya pun.Jangan takut nak buat baik.Pedulikan bisikan-bisikan jahat sebab itu semua daripada syaitan…
Sekian…Wallahualam..







Wednesday, March 9, 2011

nilam puree....

                                                indahnya kenangan..

islah nafsak....


Alhamdulillah..samal-samalah merafa'kan kesyukuran kepada Allah.Syukurlah padanya atas semua nikmatnya yang ada di seluruh muka bumi ini.Tak terkira..

Sebenarnya diri ini sentiasa mencari segenap peluang yang ada untuk mengislah diri.Cuba mencari jalan keluar bagi hati yang terasa mati.Tida rasa  manisnya menjadi seorang hamba ALLAH..

Alhamdulillah,rupanya nikmat Allah banyak..bila menyedari diri ini masih berpeluang untuk mengislah diri..

 17 - 18 Februari 2011 Allah telah tempatkan saya bersama-sama sahabat untuk menjadi fasi di sebuah sekolah menengah yang terletak di Tanah Merah,Kelantan Darul Naim.Nama sekolah  tersebut  ialah Sek Agama Menengah Ugama Arab Tarbiah Islamiah Tanjung Kajang.



Sebenarnya program ini di cadangkan oleh us.Syukri(pensyarah APIUM) yang mana sekolah itu merupakan sekolah sahabat ustaz.Jadi kawan ustaz minta kami untuk menjadi fasi program tersebut.Begitulah ceritanya...Permintaan daripada sekolah hanya 5 orang fasilitator sahaja.

Maka tiba hari yang dijanjikan,kami,3 orang fasi muslimin dan 2 orang fasi muslimat termasuk saya bertolaklah ke sekolah tersebut.Perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang satu jam.

Mulanya kami andaikan yang kami akan melatih pelajar tingkatan 3,4 dan 5 sebaik saya mendapat taklimat daripada saudara Amin bahawa program ini adalah kursus kepimpinan untuk para pengawas di sekolah tersebut.Maka dengan itu kami mengagak bahawa sasaran kami adalah seperti yang saya nyatakan diatas.


Rupa-rupanya sangkaan kami meleset sama sekali.Sesampainya di sekolah,kami terus di bawa oleh cikgu menuju ke asrama.Cikge Shahrir menghantar saya dan syahirah(sahabat saya) ke asrama.Kemudian cikgu menunjukkan bahawa sebelah asrama ini adalah bilik darjah.Hanya ada tiga kelas.Owh...jadinya yang saya masuk ini adalah sekolah,bukan asrama,Sangkaan saya bangunan ini hanyalah asrama.Kecilnya sekolah ini...sangat comel..

Bertemu dengan cikgu Za (warden aspuri).Seorang guru yang masih muda,ceria dan  manis.Kami terus menuju ke kantin untuk menikmati sedikit jamuan.Kemudian terus menuju ke surau untuk menunaikan solat fardu maghrib.

Berprogram bersama adik2 sangat menggembirakan hati saya.Dapat mengenali orang-orang baru.Bertukar-tukar cerita.Alhamdulillah saya mendapat kumpulan bersama dengan syahira dalam satu kumpulan.Kalau saya seorang,mati kutu  rasanya.

Nama kumpulan saya ialah HUMAIRA’yang membawa maksud kemerah-merahan.Cantik namanya.Adik2 saya seramai tujuh orang.4 lelaki dan 3 perempuan.(salman,faiz,anas,che ridwan,afiqah,asma dan atiqah)

                                          ( adik2ku..jangan nakal2 lagi..)

Adik2 saya rupanya pemalu..Letih juga saya mencari idea bagaimana nak menghilangkan sifat pemalu diorang ni.Macam-macam.Maafla pada syahira,sampai saya suruh dia berlakon.

Ada adik yang tak kurang nakalnya,letih saya menahan ketawa.Kelakarla diorang ni.Kelakar sebab saya tak faham bahasa kelate yang pekat teramat.”Payohla ambo nak oyak.Akak tok pehe..”Maafla dik..akak lambat pickup sikit..
Esoknya merupakan hari terkahir program..Rasa macam tak sempat nak kenal adik-adik yang berkarenah ini.Walaupun sekejap bersama dengan diorang.Tapi hati rasa happy.Dapat berkongsi banyak perkara.Cerita sedikit tentang ISLAM.Penghayatan hidup.Tentang masa.Kebanyakannya saya cuba kongsi perkara yang menjurus kearah kepemimpinan…

Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberi sumbangan kepada kami semua.Sebenarnya khidmat kami taklah seberapa.Pengalaman yang kami dapat itu sebenarnya lebih berharga.Tak perlu dibalas dengan apa-apa.Memadai  dengan ucapan terima kasih sahaja.

                              (saya bangga menjadikan...........sebagai idola saya)

Apapun…saya berterima kasih padaNya yang memberi saya banyak pengajaran.Untuk saya hidup dengan lebih semangat.Menjadi lebih baik.Walaupun diri ini tidaklah terlalu baik..Teringat saya kata2 saudara Amin..ISLAH NAFSAK WAD’U GHAIRAK..Perbaiki diri disamping itu seru orang lain…Percaya pada diri mampu untuk mengubah…wassalam..

p/s: syukran pada ustzh Aziati coz hanta kami balik np dgn slmt..



Monday, February 14, 2011

Pertolongan Allah telah sampai hingga di bumi Mesir

 Alhamdulillah..kakak dan abangku selamat kembali ke Malaysia dari Mesir.Kak.kiah sampai dulu dan wan lambat sikit.Sebabnya wan duk kat zaqaziq(tempat yang paling aman wan kata).K.Kiah duk kat Alex(wan kata tempat tu kawasan hitam)..Wan naik pesawat TUDM.K.kiah x taula pulak..x sure naik apa.Anyway..mesti mae suka anak-anaknya balik..Kangen lho mae.
inilah mae kesayangan saya..


Wan-kira-kira dah 2 tahun lebih tak balik malaysia.Sekarang dia dah ada kat kampung.Mesti dia suka kot.Rindula kat kampung..Selalu chatting tanya pasal mak n adik beradik...K.kiah dah setahun lebih rase tak balik..sebab hari tu dia balik masa nak kahwin.Ada hikmahnya jugak revolusi kat mesir ni.Dapatla wan n k.kiah balik kampung dengan tambang free...Alhamdulillah..
gambar wan dengan budak-budak arab mesir..


Masa tengah panas revolusi kat mesir tu memang risau sangat.Macamana keadaan,keselamatn family kita sendiri kat sana.Berapa hari terputus hubungan.Dlam tiga hari baru boleh contact.Nasib baik wan terus online..apalagi...banyaklah soalan yang ditanya..haha penat wan nak menjawabnya.K.pah,k.isam n sedare mare sibuk tanya wan itu ini termasuklah saye.Sewaktu sibuk kerajaan malaysia kata nak bawa balik rakyatnya..Saya tanya wan..tak nak bali kMalaysia ke?dia kata buat apa aku balik..mak tak suruh aku balik pun...merajuk ke wan..saya kata mestilah mak risau kat anaknya dan suruh balik...Itupun tak paham..

Pengalaman yang wan cerita-tak boleh keluar rumah sangat.kena hati-hati kalau nak keluar pun..makanan kat umah dah nak habis.Kalau nak beli pun mahal..Kenderaan kena bakar.Ada banyak keta kebal kat jalan.Naka kawal balai polis.Ramai polis hilang kmungkinan dibunuh oleh penunjuk perasaan..Saya tanya kat wan..tak ikut demo sekali ke?Dia kata demolah kalau nak kena jel..hehe.Kot2lah semangat nak jihad lebih..Dalam bahaya tu..sempat jugak wan bergambar dengan keta kebal ada ke patut..
gambar wan ngan keta kebal tak copy dari fb(ni gambar kereta terbakar-dibakar oleh penunjuk perasaan)


Tapi dalam kegembiraan balik Malaysia terdapat juga kerisauan family.Bila nak balik Mesir semula..Sedangkan kuliah dah mula.Kalau tak amik periksa nanti gagal.Kalau gagal.. maknanya kena tambah tahun la kat kat sana.So,kesimpulannya lambatlah habis belajar.Baca berita,kerajaan Malaysia kata,tak benarkan pelajar balik semula ke Mesir selagi keadaan tak mengizinkan.Student2 yang nak periksa boleh ambik test kat Malaysia.Entahla..saya pun tak tahu macamana nak amik exam kat Malaysia.Sekarangni jadi tanda tanya bila wan n k.kiah nak balik Mesir semula.Bukan nak suruh diorang cepat-cepat pergi..Jumpa pun tak lagi.Tapi risau pembelajaran diorang tertangguh.Apa-apapun sekarangni tak kisah...asal diorang selamat...

Hmm...sebenarnya saja nak berkongsi cerita.Tak salah kan...Sesiapa yang rajin nak baca boleh baca.Kalau tak nak baca cerita saya ni tak kisahlah...tak rugi apa-apa kot..klah..tq n selamat menambah amalan...